Tuesday, December 6, 2011

Sweet,funny memory

Selepas lab bio ikan tadi,balik bilik,terus online facebook.(perghh,bau ikan ! XP )
Pastu nampak de sorang girl ni online gak,kawan lama.
Pi la tegur,chatting dengan dia.
Pastu stalk sikit la fb dia.Haha,dah berpunya rupanya.
Eh,jangan salah faham,bukan aku minat kat dia pun sekarang.
Dulu de la kisah nyer.

So,siapa dia ni?
Nama dia Emy.Cinta aku yang pertama.
errr...cinta MONYET sebenarnya...i mean,memang betul2 'puppy love' nyer
(monyet?puppy?? XP haha,pandai2 la korang paham sendiri)
Kitorang kapel time umur 6 tahun.
6 tahun.Six years old.Tadika.
Wuahahahaha,jangan terkejut lak tapi ni memang berlaku.
Dah kata cinta monyet kan,so bila ingat2 balik,lawak dow tapi best.
Benda yang memang takkan aku lupa.

Kisahnya bermula camni.
Biasa la,bila dah tadika 2nd year ni,kitorang budak2 laki list budak pompuan yang cun2.
Yang paling top,si Emy ni.
Budak ni dari 5 tahun aku dah sangkut tapi biasa lah,competition pun dengan member sendiri kan.
Tapi bila mencecah 6 tahun ni,aku tiba2 rasa tekad nak menang hati dia.
Orang kutuk dia,aku marah giler2,macam nak protect la katakan.
Even abang aku sendiri pun aku nak cari gaduh.HAHAHA.
Bila rehat,aku pi berani dok sebelah dia walaupun tu bahagian gurls.
Haha,memang gila aku time tu.
So,bila aku dah buat perangai camtu,gosip suma timbul.
Sampai mak aku pun tau gak.Haha,malu seyh!
Lambat laun dia pun sedar gak aku minat kat dia.
Tapi kitorang buat tak tau jela kan.

One day,tadika tu de nak buat performance,sempena pe ntah,tak ingat :P
So,mak aku volunteer nak tolong perfomance tu.
Performance tarian ikut lagu 'Raindrops Keep Falling On My Head'.
Aku and Emy kena join benda tu,termasuk la beberapa kawan yang lain.
Sampai sekarang aku tak pasti betul ke tak tapi aku dapat rasakan mak aku memang sengaja masukkan kitorang berdua kat performance tu.Sebelah2 lagi tu! Hahaha!
Then,lepas performance tu abis,kitorang duk sebelah2 kat auditorium tu.
Aku check poket aku,de candy 'Moo Moo Milk'.Aku kasi dia.
Aiseh,dia senyum!Memang cair aku time tu! XP
Kitorang rapat sejak aritu. :3

Then,ada suatu ketika kitorang gi tengok arnab dalam sangkar,aku main bantai je confess terus kat dia.
'Aku suka kau.Kau suka aku tak?'
Memang BLUSHH terus muka dia,malu nyer pasal.
Then aku tanya lagi.
'Kau suka aku tak?'
Pastu dia angguk.
Haha,memang happy plus segan aku rasa time tu,terus aku berlari tinggalkan dia kat situ,tak tau kenapa aku buat camtu.Over excited kott .... XP
Pastu cinta kitorang bersemi dari hari ke hari. (ceh,ayat tak boleh blah :PPP )
Even kitorang darjah 1,kitorang still together-gether.
Sekolah kebangsaan,sekolah agama kitorang sama,memang best ar.
De orang kutuk dia je,aku sound.Tapi bila de orang kutuk aku,aku buat bodo je.
(tapi de yang kantoi kutuk aku dengan abang aku,padan muka diorang kena setel :DD lawak dow!)
Even kitorang de citer pasal kahwin suma.HAHAHA!time budak2 la kan!

De 1 scene tu,beberapa member suruh kitorang kiss.
Aku kiss pipi Emy je. (ceh,malu la siot)
Pastu diorang tak puas hati,diorang suruh kitorang kiss bibir.Hahaha,memang siot budak2 pompuan ni.
Aku dan Emy masuk dalam kelas time lepas sekolah and kitorang kunci.
Kitorang gtau diorang yang kitorang malu nak tunjuk depan korang,so dalam kelas la.
Tapi kitorang tak kiss pun.
Duduk2 atas meja,lepas 2 minit tu,kitorang keluar tipu diorang.
Hahaha,memang gosip terus.
Even sampai sekarang pun,de yang bertembung dengan aku,tanya;
'Wei,Apiz,dulu kau dengan Emy de kiss mulut kan?'
HAHAHAHA,sampai besar kena tipu hidup2. XP

Tapi malangnya,kisah kami ni kekal sampai darjah 3 je.
Haha,yang ni memang kebodohan aku sendiri.
Kalau tak,awek cun tu,insyaAllah aku still dengan dia lagi,cewaahhhhh :P
Pe yang aku buat?
Aku gi kutuk dia gedik,kitorang bertengkar,pastu,THE END untuk kami.
haha,bangang tak aku?

Tu jela kisah nyer.
Kadang2 aku de gak pikir balik,bodo gak aku gi buat camtu.
Cun seyh dia.Dari kecik sampai besar,dia memang cun.
Tapi tak kisah la,tu memang cinta monyet hardcore.Takde la kecewa sangat :P
But i admit it,it's fun and sweet one to remember.

haha,memories. :)

No comments:

Post a Comment